Hari jadi ibu, Allah hadiahkan kepulangan Ayyan Affan - Shuib - Utusan Malaysia

Hari jadi ibu, Allah hadiahkan kepulangan Ayyan Affan – Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib meluahkan rasa syukur dan gembira selepas cahaya mata bongsunya, Ayash Affan sudah dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah.

Menerusi entri Instagram, Shuib memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan sedang mengendong bayinya serta bersama ketiga-tiga anak yang lain.

Menurut Shuib, kepulangan Ayash merupakan hadiah yang cukup bermakna sempena ulang tahun kelahiran arwah isteri tercintanya, Allahyarhamah Siti Sarah.

“Ya Allah, esok (hari ini) hari jadi ibu. Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini, InsyaAllah sebentar lagi dah boleh balik.

“Allahuakbar, tangan dan jari sebijik tangan ibu. Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini. Syukur Ya Allah diatas rahmatmu,” katanya.

Menerusi Instastory pula, pelawak itu memberitahu agak berasa janggal sedikit kerana membawa pulang bayi yang baru dilahirkan tanpa isteri kesayangan di sisi.

“Terasa janggal, dulu balik hospital bertiga. Hari ini balik berdua, InsyaAllah Allah maha mengetahui segala,” tulisnya di Instastory.

Sebagai informasi, Ayash Affan yang dilahirkan pra-matang sebelum ini, lebih sebulan menerima rawatan serta pemantauan di hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya