Filem Kampung Latah Kena Kuarantin raih RM1juta - Utusan Malaysia

Filem Kampung Latah Kena Kuarantin raih RM1juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Filem komedi berjudul Kampung Latah Kena Kuarantin yang ditayangkan menerusi platform Di Pawagam Rumah Anda, Astro First sejak 9 September lalu dilaporkan telah meraih kutipan melebihi RM1 juta.

Menurut penerbitnya, Hazil Izham Ismail, sambutan memberangsangkan daripada penonton itu memberi petanda bahawa industri filem mula menampakkan rentaknya semula setelah dikatakan agak lesu dek belenggu pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan ASTRO atas peluang yang diberikan menerusi dana Program TV/OTT. Kami juga ingin ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah melanggan filem Kampung Latah Kena Kuarantin di Astro First.

“Kejayaan ini mendorong semangat buat kami untuk terus berkarya dan menghasilkan lebih konten yang variasi serta berkualiti. Kami juga gembira apabila segelintir penonton merasakan filem ini mampu membuatkan mereka menghilangkan tekanan seketika dengan berhibur dengan babak dan aksi yang ditonjolkan oleh barisan pelakon.

“Buat mereka yang masih belum berkesempatan untuk menonton filem ini, saya ingin mengajak semua untuk menyaksikan karya ini bersama seisi keluarga,”katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri turut melahirkan rasa bangga kerana ini merupakan kejayaan filem pertama hasil daripada dana program TV/OTT.

“Kampung Latah Kena Kuarantin menjadi pemangkin kepada nilai tambah pembangunan karya filem tempatan khususnya dalam aspek pengeluaran, pengedaran dan pemameran.

“Kami harap inisiatif strategik oleh Finas dan Astro ini akan terus dapat menyasarkan peluang kepada penerbit dalam menjana pendapatan melalui pemilikan hak cipta yang diberikan kepada mereka, di samping menghasilkan kandungan kreatif untuk dipersembahkan kepada penonton.”katanya.

Filem terbitan produksi MEGAPINE (M) tersebut menyaksikan filem tempatan pertama yang mengetengahkan gelagat melatah sebagai subjek kepada latar cerita serta menghimpunkan nama-nama selebriti cukup terkenal dengan latah spontannya dan lebih menarik ia tidak pernah disaksikan dalam mana-mana filem sebelum ini.

Antara pelakon utama yang membintangi filem ini adalah Azhan Rani, Nadia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur dan Din Latah.

Selain itu, pelakon lain yang turut menjadi teraju utama adalah, Elisya Sandha, Joey Daud, Bell Ngasri, Ropie, Didie Alias, Azlee Senario dan Wanns Ahmad selain penampilan istimewa oleh bintang-bintang popular tanah air seperti Datuk Awie sebagai Dukun Palermo, AR Badul (Tok Ketua), Ustaz Syamsul Debat (Bro Aji), Riezman Khuzaimi (YB Hazil), Roy Azman (Pegawai Perubatan), Achong Sweet Child (Opera Cina) dan Mak Wan Latah (Mak Jenab).

Filem ini mengisahkan tentang Kampung Latah Permai iaitu sebuah kampung yang unik dan
menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia
yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai.

Ajin (Azhan Rani) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur).

Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya