Berjaya turun 25kg, Ivan Gunawan bina masjid - Utusan Malaysia

Berjaya turun 25kg, Ivan Gunawan bina masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Berjaya menurunkan berat badan sehingga 25 kilogram (kg), pelakon dan pengacara, Ivan Gunawan dipilih sebagai pemenang cabaran sihat kelolaan pengacara dan personaliti kecergasan, Deddy Corbuzier.

Kemenangan itu membuatkan Ivan pulang dengan hadiah wang tunai berjumlah 500 juta rupiah (RM146,030) yang disampaikan sendiri oleh Deddy ketika menjemput pengacara itu ke program Youtubenya.

Lebih membanggakan lagi, pelakon filem 4 Sehat 5 Sempurna ini berjaya menurunkan berat badannya melebihi jumlah yang dipersetujui dalam tempoh tiga bulan.

“Sebelum ini awak katakan 20 kg. Tetapi saya tidak mahu datang ke sini dengan hanya menurunkan 20 kg. Berat saya sudah turun 25 kg,” katanya ketika hadir di program berkenaan.

Lebih membanggakan, pengacara ini sedia menggunakan kesemua wang kemenangannya untuk membina sebuah masjid, seperti dijanjikannya sebelum ini.

“Ini bukan milik saya, milik masyarakat. Kerana ini, saya niatkan untuk membina masjid di Garut.

“Ada 1,000 meter tanah, itu untuk masjid dan sekolah Al Quran. Untuk masjid, keluasan tanahnya adalah 300 meter,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya