Ambil konsep Squid Game, Shahrulezad bentang sebab enggan - Utusan Malaysia

Ambil konsep Squid Game, Shahrulezad bentang sebab enggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dalam nada jenaka, sutradara dan penerbit terkenal tanah air, Shahrulezad Mohameddin, menganggap tiada keperluan untuknya menghasilkan sebuah drama ala Squid Game yang popular di saluran Netflix memandangkan 15 tahun lalu, Sutun pernah ditayangkan.

Menerima cadangan daripada pengikut dan peminat karya air tangannya untuk menghasilkan drama sebegitu dalam versi Malaysia, Shahrulezad bagaimanapun menyatakan beberapa pandangan peribadi berhubung idea tersebut.

“Drama ini menjadi sebutan ramai dan nak tahu juga apa yang menarik sangat dengan drama ini. Bagi saya, drama ini menarik sebab bajetnya meletup. Itu saja. Skrip dia pun okeylah. Nak kata ideanya asli saya tak pasti pula sebab konsep drama ini sebiji macam filem Hunger Games.

“Saya banyak anjak tontonan nak habiskan siri ini nak tahu apa pengakhirannya. Bagi saya, pengakhirannya dapat dijangka sebab entah macam mana masa mula-mula ternampak watak pakcik nombor 001 itu, saya macam boleh agak watak dia pasti tidak semudah itu.

“Saya penulis skrip, sedikit sebanyak saya tahulah psikologi penulis ini macam mana. Sikit-sikit kita boleh baca juga penceritaan yang cuba disampaikan,”katanya.

Shahrulezad berkata demikian semasa membuat satu hantaran di Instagram malam semalam bagi mengulas mengenai drama Korea tersebut yang kini menjadi sebutan ramai di kalangan pengguna media sosial.

Tambah Shahrulezad lagi, dia bagaimanapun tidak menghentam selain cuma menganggap ia sekadar baik-baik sahaja.

Selain itu,pengarah drama Nur dan Takdir Yang Tertulis (TYT) ini mengaku bukan seorang yang akan mudah terpengaruh untuk menonton sesebuah naskah drama yang hype atau digembar-gemburkan orang.

“Lagi ramai orang suka dengan sesebuah drama dan lagi tinggi ratingnya, lagi buat saya malas nak layan. Saya sejenis suka layan drama yang underdog atau yang orang tak berapa beri perhatian sangat.

“Contohnya, macam drama Nur atau TYT lah. Kalau saya sebagai penonton, secara peribadi saya tak akan pilih drama ini sebagai bahan tontonan sebab dia jenis overhype sangat. Nanti jangkaan saya jadi tinggi.

“Takut saya akan kecewa bila tengok bila dia tak sampai pada jangkaan saya. Sama macam Squid Game lah,”katanya.

Perkongsian Shahrulezad itu juga meraih pelbagai pandangan daripada pengikut-pengikutnya di Instagram dengan masing-masing melontarkan pandangan tersendiri berhubung perkara yang dibangkitkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya