Sebagai suami, saya memahami Shuib - Josiah Hogan - Utusan Malaysia

Sebagai suami, saya memahami Shuib – Josiah Hogan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Turut mendoakan kesihatan buat Siti Sarah Raisuddin, pelakon, Josiah Hogan, 35, mengaku amat memahami apa yang dirasakan oleh Shuib Sepahtu sebagai seorang suami.

Menurut Josiah, meski tidak pernah mengenali rapat pasangan sehati sejiwa itu, dia bagaimanapun sedar sebagai seorang suami, pastinya Shuib sedang berada dalam keadaan yang sukar dari aspek jiwa dan emosi.

“Saya tak rapat dengan Shuib dan Sarah. Tak pernah kerja sekali termasuk berjumpa. Tapi saya sebagai seorang suami sangat memahami situasi mereka.

“Paling saya memahami Shuib. Sebab, kita sebagai suami tak dapat buat apa-apa untuk bantu isteri dalam bilik bersalin.

“Itu memang usaha isteri kita sendiri. Kita hanya boleh berdoa kepada Allah dan minta bantuan daripada-Nya,”katanya dalam satu hantaran di akaun Instagram semalam.

Selain itu, mengaitkan dengan pengalaman sendiri, kata Josiah, sewaktu isterinya melahirkan anak ketiga, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang ketika itu tidak dapat menerima pesakit kerana wad penuh.

“Jadi kena ke Hospital Pekan. Mujurlah mereka terima isteri saya tetapi tidak membenarkan saya menemani bahkan tak boleh tunggu di situ.

“Saya hanya boleh balik dan tunggu mereka panggil. Saya doakan semoga Allah beri kekuatan pada Siti Sarah dan boleh pulang ke pangkuan keluarganya. Amin. Tolong doakan mereka,”katanya.

Dalam pada itu, pengikut Josiah di Instagram juga dilihat sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan buat Siti Sarah yang kini sedang bertarung dengan wabak Covid-19 dan masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM, Cheras.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya