Izzue Islam buat laporan polis, gambar dijadikan iklan judi - Utusan Malaysia

Izzue Islam buat laporan polis, gambar dijadikan iklan judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Izzue Islam memaklumkan dia tidak terlibat dengan pengiklanan komersil judi seperti mana tular di media sosial sejak semalam.

Jelas Izzue atau nama lengkapnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 31, tanpa makluman daripada orang ramai dia juga tidak akan tahu hal itu berlaku.

“Aku tidak pernah terjebak dengan iklan kasino dalam talian! Tolong jangan buat orang keliru.

“Terima kasih pada semua yang mesej (Direct Message), kalau korang tak DM aku pun tidak tahu fasal hal ini,” ujarnya di Instagram.

Pada gambar iklan tersebut, dapat dilihat wajah Izzue telah disunting berlatar belakangkan pusat peranginan terkemuka di Pahang.

Dalam perkembangan terkini, Izzue akan membuat laporan di Balai Polis Klang, Selangor pukul 2.30 petang hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN