Cuba kenali wanita lain, Remy kagum Ezza tetap setia - Utusan Malaysia

Cuba kenali wanita lain, Remy kagum Ezza tetap setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon popular, Remy Ishak, 40, mengaku dalam tempoh lapan tahun perkenalannya dengan Ezza Yusof, dia ada mencuba mengenali beberapa wanita lain terutama selepas pertunangannya dengan Ezza terputus di tengah jalan sebelum ini.

Bagaimanapun, menurut Remy, perkenalannya dengan wanita lain tidak membawanya kemana-mana kerana keserasian cuma wujud ketika dia bersama Ezza.

“Saya selalu cakap pada diri bahawa saya perlukan seorang yang memahami dan mengenali diri saya. Bukan hanya kenal sebagai Remy Ishak tapi Zalimie Ishak. Jadi sepanjang mengenali dia, sudah tentu ada pahit manis. Macam-macam berlaku dalam hubungan kami.

“Tiga tahun pertama memang susah nak kenal saya. Malah, setelah kami putus tunang, saya cuba juga kenal dengan orang lain, tapi tak boleh pergi jauh.

“Saya nampak Ezza adalah wanita yang setia. Dia sentiasa ada di sisi dalam waktu jatuh dan bangun, suka dan duka. Sepanjang tempoh lapan tahun kami sama-sama saling kenal dan semakin memahami, kerana itu saya yakin dia adalah wanita yang tepat itu”katanya.

Remy berkata demikian semasa ditemui dalam satu sidang media yang diadakan secara virtual hari ini.

Selain itu, Remy juga mengaku dalam soal memilih teman hidup, sikap memilih itu perlu kerana pasangan itu adalah teman sepanjang hayat selain mengaku trauma dengan perceraian.

“Saya lahir daripada sebuah keluarga yang tak sempurna. Ibu bapa saya bercerai sebab itulah perceraian adalah satu perkara yang saya tak mahu berlaku dalam hubungan pernikahan saya dan pasangan.

“Kita bercakap soal hubungan yang dibina sampai ke Jannah. Bukan soal serasi dan kerjaya saja. Biarpun pada awalnya saya bimbang dia tak faham saya dan kerjaya dunia glamor ini, namun semakin matang, semakin dia faham.

“Ezza juga tidak melihat saya sebagai seorang aktor di dunia glamor. Bersama Ezza, dialah yang membuatkan saya sentiasa berpijak di bumi yang nyata,”katanya.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai sesi pernikahannya yang dirancang berlangsung esok. Remy menjelaskan tiada sebarang majlis diadakan memandangkan semua pihak akur dengan situasi semasa pada waktu ini.

Cuma melibatkan tiga pihak, iaitu wali, pengantin lelaki dan perempuan, Remy bersyukur akhirnya berpeluang untuk dinikahkan di masjid.

“Setelah banyak kali ditangguhkan kerana akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah kami buat keputusan untuk bernikah pada tarikh 21 Ogos (esok). Pada awalnya juga kami diberitahu lokasinya di pejabat agama.

“Tetapi di saat akhir dimaklumkan boleh bernikah di masjid dengan jumlah orang terhad. Alhamdulilah,saya bersyukur semua urusan dipermudahkan-Nya,”katanya.

Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan mereka terputus pada 2019.

Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali pulih tahun ini selepas Remy membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran. Ia sekaligus mengesahkan ikatan cinta mereka kembali bertaut.

Difahamkan pasangan itu sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19 majlis itu terpaksa dibatalkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya