Anak bimbang John Travolta meninggal dunia - Utusan Malaysia

Anak bimbang John Travolta meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Terpaksa berdepan dengan kehilangan ibunya, pelakon, Kelly Preston, ketika berusia setahun setengah, anak John Travolta mula meluahkan rasa bimbang andai bapanya itu juga mengikut jejak mendiang Kelly.

Perkara itu dikongsikan oleh pelaon popular filem Greese itu yang memberitahu, anaknya, Benjamin Hunter Kaleo Travolta, 10, seakan tidak sanggup untuk sekali lagi berdepan dengan berita kematian keluarga terutama dirinya.

“Pernah dia memberitahu saya,’ ibu telah meninggal dunia, saya sangat takut jika ayah pula pergi’. Lalu saya katakan kepada Ben, semua itu adalah sesuatu yang berbeza.

“Saya jelaskan kepadanya mengenai perbezaan mengenai tahap kesihatan saya dengan ibunya yang ketika itu terbatas kerana terpaksa berjuang dengan penyakit kanser payu dara,”katanya dalam satu program televisyen bersama Kevin Hart baru-baru ini.

Selain itu, kata John, dia tidak pernah cuba memberitahu hal yang lain atau berbohong dengan anaknya mengenai sesuatu perkara atau situasi.

“Ini kerana Ben adalah seorang yang boleh menerima dan cuma mahu tahu akan kebenaran. Jadi, saya beritahunya mengenai hakikat kehidupan ini.

“Tiada siapa tahu bila mereka akan pergi atau sampai bila mereka akan berada di dunia ini.

“Abang Ben, meninggal dunia pada usia 16 tahun. Terlalu muda. Manakala ibunya pula meninggal dunia pada usia 57 tahun, itu juga satu usia yang muda bagi saya. Siapa kita untuk menidakkan hakikat ini?”katanya.

Selain itu, kata John, dia juga menjelaskan kepada anaknya itu bahawa tidak mustahil dirinya juga bakal dijemput Tuhan pada bila-bila masa.

“Saya mungkin boleh pergi esok. Anda juga bahkan sesiapa sahaja. Sememangnya hidup ini begitu. Kita tidak pernah tahu.

“Kita hanya boleh melakukan yang terbaik dan hidup dengan sebaik-baiknya ketika masih ada nyawa ini,”katanya.

Jett Travolta dilaporkan meninggal dunia semasa sedang bercuti bersama keluarga di Bahamas sekitar tahun 2009 akibat terkena sawan dan terjatuh di bilik mandi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya