Ludah juru video, Marilyn Manson serah diri - Utusan Malaysia

Ludah juru video, Marilyn Manson serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMERIKA SYARIKAT : Penyanyi antarabangsa, Marilyn Manson, dilaporkan telah menyerah diri kepada pihak polis baru-baru ini setelah satu waran tangkap dikeluarkan ke atasnya berhubung kejadian serangan terhadap seorang juru video.

Penyanyi rock kontroversi dengan nama sebenarnya, Brian Hugh Warner berkenaan, hadir ke Jabatan Polis Gilford, New Hampshire, Amerika Syarikat (AS) untuk menyerah diri selepas didakwa meludah dan menyerang seorang juru video di sebuah konsert di Bank Of New Hampshire Pavillion pada tahun 2019.

Menurut laporan media, mangsa sebagai pengamal media sedang bertugas merakamkan acara konsert tersebut dan telah ditempatkan di bahagian hadapan pentas sebelum Marilyn didakwa bertindak demikian.

Menurut Ketua Polis Gilford, Anthony Burpee dalam satu kenyataan, penyanyi terbabit telah disoal siasat dan dibebaskan dengan jaminan oleh penguatkuasa undang-undang Los Angeles, Jumaat lalu.

Difahamkan, sebelum dia bertindak menyerah diri, rata-rata media di AS melaporkan bahawa pertuduhan terhadap Marilyn mungkin akan berlangsung sekitar pertengahan Ogos tahun ini.

Marilyn didakwa atas kesalahan tersebut kerana meludah dianggap sebagai satu tindakan serangan fizikal tanpa izin di New Hampshire meskipun mangsa didapati tidak mengalami kecederaan dengan kesan ludahan Marilyn itu cuma terkena pada bahagian lengannya.

Sementara itu, peguam Marilyn, Howard King dalam satu kenyataan berkata, kes ini sangat mengarut selain memaklumkan anak guamnya telah memberi kerjasama baik dengan pihak polis sepanjang soal siasat dilakukan.

“Tuduhan salah laku itu muncul selepas juruvideo tersebut meminta sejumlah $35,000 (RM146,545) daripada kami sebagai ganti rugi atas kesan ludahan kecil yang terkena bahagian lengannya.

“Selepas kami meminta dia menyertakan bukti mengenai sebarang kerosakan dan sebagainya, sehingga kini tiada sebarang jawapan daripadanya.

“Semua ini sangat mengarut. Tetapi kami akan tetap memberikan kerjasama baik dengan pihak penguatkuasa sebagaimana yang telah dilakukan sebelum ini,”katanya.

Sekiranya disabit kesalahan, Marilyn boleh dikenakan hukuman penjara kurang lebih setahun selain denda sebanyak $2,000 (RM8,374).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya