Emosi, reputasi saya terganggu - Nordiana - Utusan Malaysia

Emosi, reputasi saya terganggu – Nordiana

Siti Nordiana
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana membuat laporan polis berhubung isu live di Instagram yang dikaitkan dengan dirinya oleh lima individu beberapa hari lalu.

Penyanyi yang mesra dipanggil Nana memberitahu, laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras itu dilakukan untuk membersihkan namanya dan mengelakkan fitnah.

“Perkara ini menjatuhkan reputasi saya. Jika ada rasa tidak puas hati, boleh jumpa, telefon atau hubungi menerusi video call untuk dapatkan penjelasan. Selesaikan secara profesional.

“Saya terkesan dengan hasil sesi live tersebut yang mengganggu emosi selain menjatuhkan reputasi dan kerjaya saya.

“Saya bimbang orang percaya dengan kata-kata mereka. Kerana itu, saya menerusi peguam membuat laporan ini untuk bersihkan nama dan mengelakkan berlaku fitnah,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Dalam pada itu, peguam Nana, Abang Azlan dari Abang Azlan & Associates memaklumkan, pihaknya dalam proses menghasilkan draf untuk menuntut permohonan maaf daripada kesemua individu berkenaan.

Menurut beliau, jika ingkar, pihaknya akan mengambil tindakan saman.

“Sedutan live itu ada dimuat naik di YouTube meskipun sudah dipadam. Perbualan berbaur fitnah memang merujuk kepada Nana.

“Kami beri mereka masa antara 24 hingga 48 jam untuk memberi maklum balas. Jika tidak, kami akan saman,” katanya.

Nana menjadi individu yang disebut dalam siaran live melibatkan penyanyi Lan Solo dan isterinya, Sheila, penyanyi Syura, jurusolek Aida G serta Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC, Sam Sanin tiga hari lalu.

Sheila dalam live tersebut dirakam meluahkan rasa terkilan apabila suaminya dianggap menumpang populariti Siti Nordiana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya