fbpx

28 Januari 2022, 8:35 pm

  TERKINI

Yang Berhormat, Jika…..- Naim Daniel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kempen bendera putih menjadi topik hangat hari ini dan ia juga menarik perhatian penyanyi Naim Daniel yang tampil bersuara melayangkan kata pujangganya sebagai reaksi terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

“Yang Berhormat; Jika; Anak bini tak terabai makan minum mereka, wang di bank berjela angkanya, hutang piutang bebas semua.

“Mungkin saja; Hanya akan selesa untuk kita, berdoa dan terus berdoa, berdoa saja dari siang sekarang ke subuh esoknya. Tanpa sebarang daya, tanpa sebarang usaha.

“Kita ada kita saja, sekarang. Tolong, jangan lakukan sebarang tindakan yang mampu melumpuhkan semangat orang yang kita sayang. Kita, cuba lagi,” tulis penyanyi lagu Sumpah itu.

Naim juga dilihat membalas komen para peminat yang mempersetujui penulisannya itu.

“Berdoa itu memang wajib. Tapi kalau berdoa tanpa sebarang usaha sia-sia saja. Allah pun suruh kita berusaha, tawakal dan berdoa,” komen seorang daripada pengguna media sosial.

“Ibarat kereta rosak tengah jalan, tak payah panggil tow truck, baca ruqyah saja pada kereta itu,” komen balas Naim.

Semalam, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat itu berkata, rakyat tidak wajar diajar untuk mengangkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih. Tapi rakyat mengangkat tangan untuk berdoa kepada tuhan.

POPULAR

KOSMO! TERKINI