Kecoh Raya tawar hadiah menarik - Utusan Malaysia

Kecoh Raya tawar hadiah menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mencari kelainan memeriahkan sambutan Aidilfitri, aplikasi TikTok melancarkan lagu raya berjudul Kecoh Raya beserta cabaran #KecohRayaTikTok.

Menggabungkan lapan paduan suara, antaranya Alvin Chong, menurut penyanyi dan pelakon ini Kecoh Raya mampu menyuntik elemen positif kepada mereka yang terkesan dengan sambutan norma baharu.

Kecoh Raya sangat sesuai untuk TikTok kerana ia adalah lagu penuh semangat dan sangat menarik. Sebilangan besar lagu raya yang pernah kita dengar lebih melankolik, orang bercerita tentang bagaimana mereka tidak dapat bersama ahli keluarga mereka untuk menyambut lebaran.

“Namun, Kecoh Raya menampilkan suasana raya yang ceria, yang dapat menyuntik elemen positif serta kegembiraan kepada pendengar. Saya harap anda semua akan terhibur menikmatinya,” katanya.

Selain Alvin, lagu ini juga turut menggabungkan tujuh suara lain antaranya pelakon Diana Danielle, Kowachee, Usop, Ara Johari, Daniel, Zahier dan Izzryn.

Sementara itu bagi Kowache, Kecoh Raya bukan sekadar lagu raya biasa kerana turut mengetengahkan kandungan digital yang menarik untuk ditontoni golongan pengguna laman sosial.

“Ini adalah pengalaman baru buat saya, kerana saya berpeluang menyanyi dan bukan sekadar rap sahaja. Penggambaran video muzik itu juga menyeronokkan serta mengujakan, kerana ada artis Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia serta pencipta kandungan TikTok. Saya suka bekerja dengan mereka, kami rasa seronok. ” tambah Kowachee

Memberi lebih keseronokan, cabaran #KecohRayaTikTok, turut menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk pengguna aplikasi TikTok yang berjaya menghasilkan video raya paling kreatif menggunakan lagu Kecoh Raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya