SATU rahsia untuk maju: jangan pernah takut untuk melangkah keluar dari zon selesa. Itu yang dilakukan trio jejaka yang menggelarkan diri mereka The Cranial. Aiman Sabri (gitar/vokal), Farez Amirul (gitar/vokal) dan Haziq Fitrie (bes/vokal) sebelum ini sudah mengecapi kejayaan melalui video-video lagu saduran di Youtube namun mereka mahu terus maju. Haziq dan Aiman juga merupakan adik-beradik manakala Farez adalah sahabat mereka sejak kecil, menjadikan ketiga-tiga mereka sangat serasi sebagai sebuah…











