Rata-rata peminat industri seni tanah air mengagumi bakat milik pengacara dan pelakon hebat, Sherry Al Hadad. Ramai juga yang tahu kepayahan dan cabaran yang ditempuh Sherry untuk berada di kedudukannya sekarang.
Tidak hairan, di mana-mana sahaja ada wajahnya. Yang penting, populariti yang diraih bukan kerana rupa semata tetapi bakat. Sherry ini ada gaya tersendiri. Dia membuktikan kemampuannya.
Baru-baru ini ada rakan Poklip menyampai cerita, katanya ‘harga’ Sherry sekarang mahal. Semahal bakat dan namanya. Wow! Tetapi Poklip tak hairan pun sebab selayaknya dia menerima bayaran tinggi.
Tetapi terkejut juga Poklip apabila si polan itu mendakwa, Sherry menerima RM50,000 untuk mengacara Anugerah Juara Lagu ke-35 baru-baru ini. Bukan calang-calang angka tau. Hanya bertaraf gred A sahaja!
Melihatkan graf populariti dan jenama Sherry sekarang, memang tidak menghairankan pun kalau ada produser atau stesen yang berhabis untuk mendapatkan pengacara itu. Peminat pun teruja kalau tahu Sherry bakal mengemudi program tersebut.
Malah, lihat sahaja program kelolaan pengacara itu, The Sherry Show yang sudah bermusim-musim lamanya, jadi memang dia punya aura tersendiri. Boleh tarik peminat orang kata tau.
Bukan macam segelintir artis yang letak harga bukan main tetapi hasilnya, hampeh! Belum lagi isu pendatang baharu yang sesuka hati letak harga cekik darah. Produser pun takut nak panggil lagi. Ouch!










