Scha Al Yahya selamat bersalin - Utusan Malaysia

Scha Al Yahya selamat bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara terkenal, Scha Alyahya, 37, selamat melahirkan cahaya mata kedua seberat 3.2 kg di pukul 9.15 pagi tadi.

Berita gembira ini dikongsi pelakon itu menerusi akaun Instagram miliknya.

“Kami bersyukur di atas amanat ini, dan berterima kasih di atas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal dan Lara sekeluarga.

“Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari, dan insya-Allah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak,” coret Scha yang sedang berehat di hospital.

Scha juga memohom maaf kerana tidak dapat menerima kunjungan disebabkan SOP yang ditetapkan.

Menjengah ruangan komen rata-rata peminat dan rakan artis menitip ucapan tahniah dan doa.

Pasangan Scha dan Awal Ashaari selamat mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya, hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang puteri bernama, Lara Alana, 7.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya