KEBELAKANGAN ini seakan ada satu gelombang yang membadai dunia muzik tanah air. Ramai yang mula menggali khazanah muzik tradisional dari Nusantara dan meletakkan elemennya dalam lagu baharu. Mungkin yang paling menonjol ialah Monoloque sepanjang penubuhannya, Kmy Kmo dan Luca Sickta sejak mula berkolaborasi dan apa yang dilakukan Dayang Nurfaizah melalui album baharunya, Belagu. Namun, dalam membicarakan khazanah muzik Nusantara, kita seakan lupa pada segmen muzik Borneo. Tiada siapa dapat menafikan,…










