fbpx

6 Mac 2021, 2:04 pm

  TERKINI

Daft Punk pencen selepas 28 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas hampir tiga dekad, ‘hayat’ kumpulan Daft Punk yang terkenal menerusi karya lagu berentak Electronic Dance Music (EDM) kini sudah berakhir.

Khabar mengejut itu disahkan sendiri oleh pegawai perhubungannya, Kathryn Frazier namun tiada sebaba atau alasan yang dikemukakan.

Semalam, Daft Punk memuat naik video berjudul Epilogue di saluran YouTube sebagai salam perpisahan dan mengundang lebih 100,000 komen daripada peminat mereka.

Duo kumpulan yang dianggotai Thomas Bangalter dan Guy-Manuel de Homem-Christo ini  terkenal dengan kostum robot dan sepanjang 28 tahun dalam dunia seni, mereka tidak pernah mendedahkan wajah termasuklah ketika membuat persembahan pentas.

Kumpulan itu pernah menjulang trofi Anugerah Grammy sebanyak enam kali dan bekerjasama dengan penyanyi popular seperti Pharrel Williams dan Nile Rodgers menerusi lagu Get Lucky.