Bukan gambar pra-perkahwinan – Uqasha Senrose - Utusan Malaysia

Bukan gambar pra-perkahwinan – Uqasha Senrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Berkongsi  gambar memakai pakaian pengantin di Instagram miliknya, Uqasha Senrose terus mencuri perhatian warganet sejak semalam.

Menolak itu adalah gambar pra-perkahwinannya dengan pelakon Kamal Adli, jelas Uqasha dia kini adalah wajah untuk kempen pakaian pengantin pereka terkenal tanah air, Shanell Harun.

“Itu bukan gambar pra perkahwinan saya dengan Kamal.Jujurnya saya sangat bertuah menjadi orang pertama menyarungkan koleksi yang direka Shanell Harun ini.

“Saya tidak mahu nafikan, pakaian pengantin yang berkosepkan pengaruh klasik Inggeris ini sangat kena dengan jiwa saya,”katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, Uqasha bagaimanapun masih membisu mengenai tema majlis perkahwinannya.

“Pada sesi fotografi ini juga saya turut mengenakan tajaan barang kemas, Habib Jewels bernilai RM 4 Juta.

“Saya yakin koleksi Gabrielle akan mendapat sambutan ramai, sama seperti saya sendiri yang mencari kesempurnaan pada hari bahagia saya kelak,”katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya