DIA sudah bertaraf legenda hidup, tidak perlu diperkenalkan. Malah, tidak keterlaluan jika diangkat sebagai Raja Hip Hop kebanggaan tanah air sementelah begitu banyak kejayaan yang telah diukir olehnya, secara tidak langsung membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa. Demikianlah keistimewaan Johan Ishak, 41, atau Joe Flizzow yang menjadikannya dipandang tinggi pada ketika ini sebagai individu berpengaruh kuat dalam industri muzik hip hop. Jika diukur pada prolifik kerjayanya, boleh sahaja dia mendongak…











