Asyraf Dasley raih tempat ketiga Face Of Asia 2020 - Utusan Malaysia

Asyraf Dasley raih tempat ketiga Face Of Asia 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setelah menyingkirkan peserta tuan rumah di peringkat separuh akhir, wakil Malaysia, Asyraf Dasley, 29, mengharumkan nama negara apabila meraih kedudukan tiga terbaik dalam pertandingan Face of Asia 2020 (FOA 2020).

Diadakan secara maya, pencapaian Asyraf itu sekali gus melayakkannya mara ke pentas final FOA 2020 yang bakal berlangsung ketika penganjuran Asia Model Awards 2020 di Korea Selatan pada tahun depan.

Pernah membintangi beberapa buah drama Melayu tempatan, bagaimanapun Asyraf akur untuk mengutamakan pengajiannya di peringkat doktor falsafah (PhD) sebelum meneruskan kembali niatnya bergiat aktif bergelar pelakon.

“Sepanjang tempoh separuh akhirl yang bermula pada pertengahan November lalu, saya diuji apabila menghidap demam denggi dan terlantar selama tiga hari.

“Kondisi itu menjadikan saya sedikit gusar kerana tugasan diberi pihak penganjur masih tidak disempurnakan, malah ada yang belum dimulakan.

“Namun sebaik sembuh, saya tekad gandakan usaha menyiapkan kerja- kerja yang tertangguh sebelum tiba tarikh akhir. Walaupun rasa jerih, Alhamdulillah berbaloi dengan kejayaan ini,” cerita anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu.

Terdahulu, berita gembira itu diumum menerusi platform media sosial milik FOA 2020 oleh pihak penganjur pada 4 Disember lalu dan Asyraf akui tidak sabar untuk mewakili negara ke Korea Selatan kelak.

Pada masa sama, Asyraf turut mengalu-alukan penaja yang sudi hulurkan tajaan dalam bentuk wang tunai bagi mempermudahkan urusannya bersiap sedia demi menggalas nama negara.

Berprofesion selaku model profesional terkemuka, naib juara pertandingan pencarian bakat Mister Planet Nation Malaysia 2016 (MPM 2016) itu amat berterima kasih kepada barisan penaja yang membantunya hingga ke mencapai tahap ini. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya