1,553 unit struktur pemancar liputan 5G dipasang tahun ini

1,553 unit struktur pemancar liputan 5G dipasang tahun ini

AMIRUDIN Shari berucap mengenai pemasangan struktur pemancar liputan 5G dalam Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Ke-14 Tahun 2022 di Dewan Annex, Bangunan SUK di Shah Alam, Selangor, hari ini. - IHSAN SELANGORTV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 1,553 unit struktur pemancar liputan 5G akan dipasang di Selangor tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesemua struktur ini dipasang secara berfasa di lima buah daerah di negeri itu.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 560 struktur dipasang daerah Petaling, 345 struktur di Hulu Langat, 272 struktur di Klang, 191 struktur di Gombak dan 185 struktur di Sepang.

“Menurut laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM),dari tahun 2021 hingga Februari 2022, sebanyak 28 tapak (struktur) yang berjaya disiapkan di Cyberjaya dalam Fasa 1A,” katanya dalam Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Ke-14 Tahun 2022 di Dewan Annex, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr. Daroyah Alwi mengenai usaha yang dilakukan kerajaan Selangor bagi memastikan rakyat negeri itu mendapat akses 5G, termasuk mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Amirudin berkata, kerajaan negeri menerusi SMARTSEL Sdn Bhd (SMARTSEL) sedang mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Digital Nasional Berhad (DNB), iaitu pemberi rangkaian borong tunggal 5G di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.