Follow akaun media sosial wanita seksi - Utusan Malaysia

Follow akaun media sosial wanita seksi

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, apa hukumnya lelaki yang suka mengikuti (follow) akaun wanita seksi di media sosial dan beri tanda likes pada gambar-gambar tersebut?

Izan Rashid
Selangor

Jawapan
Hukum mengikut (follow) wanita seksi dalam media sosial dan memberi tanda suka (like) pada setiap gambar yang tidak menutup aurat itu adalah terlarang dan berdosa. Satu, melihat aurat wanita seksi itu sendiri itu walaupun ia adalah gambar namun tujuan melihat gambar, ia sudah berbau untuk menaikkan syahwat. Kedua, seolah-olah lelaki itu memberi sokongan pula kepada wanita berkenaan untuk meneruskan perbuatan yang ditegah agama itu.

Lama tinggalkan isteri

Soalan
Ustaz, berapa lama seorang suami yang sering bermusafir boleh meninggalkan isterinya tanpa beri nafkah batin?

Jamie Jun
Perak

Jawapan
Penentuan ini bergantung kepada suasana. Hukum asal suami tidak boleh meninggalkan isteri begitu lama sekiranya ia boleh memudaratkan batin si isteri. Ini juga bergantung kepada tabiat kerja dan kesefahaman antara suami isteri. Kemungkinan ia tidak lebih dari sebulan di zaman moden ini tetapi kadang-kadang ia bergantung kepada tugas rasmi juga seperti mereka yang belayar atau kerja kapal laut yang berbulan-bulan di perantauan. Maka, ia bergantung kepada persetujuan suami isteri.

Tak pergi jemputan majlis kahwin

Soalan
Apa hukumnya tidak memenuhi undangan majlis perkahwinan dengan sengaja? Malas nak pergi.

Fazli Ahad
Kuala Lumpur

Jawapan
Hukum malas untuk pergi kenduri kahwin yang tidak jauh dari rumah seperti satu kampung atau satu taman perumahan adalah tidak digalakkan dan boleh jatuh berdosa kerana mengecewakan orang yang menjemput. Adapun jika kenduri kahwin itu jauh dan memakan kos yang agak tinggi, maka tidaklah wajib menghadirinya.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya