Memulaukan suami - Utusan Malaysia

Memulaukan suami

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, bolehkah si isteri memulaukan suami untuk tempoh tertentu kerana suami melakukan perkara yang salah berulang kali walaupun sudah dinasihati dan ditegur dengan cara baik.

Mazlina Zaid
Temerloh

Jawapan
Isteri tidak boleh memulaukan suami kerana perbuatan itu tidak mendatangkan faedah bahkan boleh menambahkan keburukan dalam perhubungan. Sebaliknya, layanlah suami dengan baik dan memberi nasihat yang baik untuknya selain sentiasa berdoa, meminta pada Allah SWT agar dia berubah menjadi seorang suami baik dan bertanggungjawab.

Kain nak terlucut masa solat

Soalan
Ustaz, apakah hukumnya membetulkan kain yang hendak terlucut ketika sedang solat berjemaah?

Asraf Ali
Perling, Johor

Jawapan
Hukum memperbetulkan kain yang terlucut tidak membatalkan solat selagi tidak nampak aurat dan pergerakan yang dibuat tidak begitu banyak yang menunjukkan gambaran tidak solat.

Tak ziarah kubur ibu bapa

Soalan
Berdosakah seseorang anak itu tidak menziarahi kubur ibu bapanya? Dan betulkah roh kedua ibu bapa kita akan gembira bila anak-anak mereka menziarahi kubur ibu bapa?

Hamidun Shahri
Alor Gajah, Melaka

Jawapan
Tidaklah berdosa secara zahirnya seseorang anak tidak menziarahi kubur ibu bapanya. Cuma dari sudut akhlakiah perlu dia menziarahi kubur ibu bapa bila terdapat waktu terluang. Saya tidak mendapati nas yang roh ibu bapa gembira apabila anak menziarahi kubur. Namun memang penghuni kubur merasai orang yang menziarahi. Apa-apa pun berdoalah di sisi kubur mereka agar diampuni segala dosa dan terhindar daripada siksa kubur.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya