Nasihatkan isteri yang suka melawan - Utusan Malaysia

Nasihatkan isteri yang suka melawan

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, bagaimanakah untuk menyedarkan dan menasihati isteri yang suka menengking-nengking suami dan melawan cakap suami. Apa hukumnya isteri yang berbuat begitu?

Nordin Bahari
Maran, Pahang.

Jawapan
Menasihati isteri bukan satu perkara yang mudah apatalah lagi apabila mereka sudah menguasai suami. Maka nasihat saya, nasihatilah dengan lembut. Ajak mereka ke kuliah agama. Mungkin dengan mendengar kuliah agama mereka akan berubah dan selalulah memaafkan mereka.
Namun perbuatan menengking suami atau melawan tetap berdosa kerana menengking sesiapa sahaja pun tidak boleh dibolehkan apatah lagi suami.

Doa perluaskan rezeki

Soalan
Apakah surah-surah dan zikir yang boleh kita amalkan untuk memperluaskan rezeki kita.

Munirah Mazlan
Semenyih, Selangor.

Jawapan
Yang pertama amalkan doa yang disebutkan di dalam hadis seperti Ya Allah aku memohonkan kepada ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.
Di samping berdoa dan berzikir, hendaklah berusaha keras dan menambah ilmu kewangan untuk meluaskan rezeki.

Asap kemenyan panggil syaitan?

Soalan
Betulkah asap boleh memanggil syaitan atau jin? Kemenyan contohnya? Macam mana pula dengan ubat nyamuk?

Alim Basri
Gurun, Kedah

Jawapan
Saya tidak pasti kesahihan tersebut. Asap ini kalau dibincangkan dalam ilmu fikh adalah masalah asap yang najis atau tidak najis. Adapun memanggil syaitan saya tidak mengetahui sandarannya.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya