Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 kembali dilaksanakan sejak awal Januari lalu ekoran peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat. Prihatin dengan nasib golongan kurang berkemampuan yang mungkin terkesan dengan pelaksanaan ini, Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengambil inisiatif melancarkan Tabung Musaadah Covid-19 2.0 Khaira PPZ. Inisiatif ini bagi membantu golongan yang terkesan dengan keadaan pandemik ketika ini dengan kerjasama syarikat korporat Etiqa Family Takaful Berhad. Etiqa merupakan…










