Nama Sheikh Mohamad Ali al-Sabuni amat masyhur dalam disiplin ilmu tafsir. Seorang yang alim dalam bidang ilmu tafsir era mutakhir ini. Tokoh ini dilahirkan pada 1930 di daerah Halab, Syria. Pada mulanya beliau mendalami ilmu agama daripada ayahandanya yang merupakan seorang ulama Halab. Selain itu, beliau menghafal al-Quran dan menyempurna hafazan di peringkat menengah. Selepas tamat pengajian menengah di Halab dan mendalami ilmu agama dengan beberapa ulama, Sheikh Ali al-Sabuni…









