Teknologi plat karbon bantu pelari buru catatan terbaik

Teknologi plat karbon bantu pelari buru catatan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kasut berprestasi tinggi dengan teknologi plat karbon penuh kini menjadi pilihan dalam kalangan pelari, khususnya mereka yang berpengalaman dan kompetitif.

Teknologi itu menawarkan daya tolakan lebih responsif pada setiap langkah, sekali gus membantu pelari mengekalkan momentum ketika mengejar catatan peribadi terbaik. 

Terbaharu, BMAI memperkenalkan GCarbon Turbo 4 yang direka untuk pelari menyasarkan masa maraton di bawah tiga jam 30 minit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kasut ini menggabungkan beberapa teknologi utama termasuk plat karbon penuh T1000 dan busa superkritikal nilon BoomMax Evonik yang dinaik taraf.

Dari segi keselesaan, ia menggunakan lidah satu bahagian yang fleksibel serta bahagian atas daripada bahan woven mesh bagi meningkatkan pengudaraan. 

Tapak luar Cast PU pula direka untuk memberikan cengkaman pada permukaan jalan kering dan basah.

GCarbon Turbo 4 mempunyai berat kira-kira 135 gram bagi saiz 37 dan 172 gram bagi saiz 41, dengan perbezaan ketinggian tumit ke jari kaki (drop) sebanyak 4.5 milimeter (mm). 

Gabungan ciri berkenaan memberikan padanan lebih kemas dan kawalan lebih baik ketika pelari bergerak pada kelajuan tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini