Komitmen dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) membolehkan pengasas Wellspring Buildtrade, Klaus Lim Chun atau Abang Susu, diiktiraf sebagai antara penerima Anugerah Sepuluh Belia Cemerlang Malaysia (TOYM) 2026.
Klaus Lim menerima pengiktirafan dalam kategori Contribution to Children, World Peace, and/or Human Rights.
Seorang lagi penerima ialah pengasas SBH, Sam Tsen menerusi kategori Moral and/or Environmental Leadership.
Walaupun dalam bidang berbeza, kedua-duanya melihat kejayaan dalam perniagaan sebagai peluang untuk turut menyumbang kepada masyarakat.
Lebih bermakna mereka merupakan alumni OE EduGroup dan pernah memegang peranan sebagai ketua OE MDMT.
Wakil OE EduGroup berkata, pencapaian tersebut memperlihatkan bagaimana ilmu dan pengalaman yang diperoleh boleh dikembangkan untuk memberi manfaat kepada orang lain.
“Bagi kami, pendidikan bukan sekadar pembelajaran, tetapi bagaimana ilmu itu diterjemahkan untuk membantu orang lain.
“Di sebalik perjalanan mereka yang berbeza, kedua-duanya berkongsi usaha untuk terus mencipta nilai dan memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya baru-baru ini.











