RM10 boleh makan lebih 30 menu di Randau Rasa UKM

RM10 boleh makan lebih 30 menu di Randau Rasa UKM

SEMUA juadah ini boleh dinikmati dengan bayaran RM10 sahaja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ramai pelajar dan orang awam kini semakin mencari pilihan makan tengah hari yang bukan sahaja murah, tetapi juga mengenyangkan serta berbaloi dari segi kualiti dan kepelbagaian hidangan.

Sehubungan itu, Dapur Brahim’s by Desatera Sdn. Bhd. memperkenalkan Buffet RM10 di Randau Rasa UKM Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang menawarkan lebih 30 pilihan menu pada harga mampu milik.

Menggunakan slogan “Cedok puas-puas, bayar RM10 je!”, konsep bufet ini mengetengahkan kaedah layan diri yang membolehkan pelanggan menikmati pelbagai hidangan dalam satu harga tetap yang berpatutan.

Menariknya, dengan bayaran hanya RM10, pengunjung tidak perlu memilih set menu seperti di kedai makan biasa.

Sebaliknya, mereka boleh mengambil hidangan mengikut pilihan sendiri secara layan diri, sekaligus memberi lebih kebebasan untuk menikmati pelbagai jenis lauk dalam satu pinggan.

Antara hidangan yang ditawarkan termasuk ayam masak sambal, ayam masak lemak cili padi, daging tetel asam pedas, ikan kembung masak kari serta ikan mata besar goreng balado.

Selain itu, turut disediakan pelbagai pilihan sayur-sayuran, tauhu, tempe, ulam-ulaman serta aneka sambal sebagai pelengkap hidangan.

Keseluruhan menu ini menjadikan bufet tersebut sesuai untuk pelajar, kakitangan universiti, komuniti setempat serta orang awam yang mencari makanan pada harga berpatutan.

Selain bufet, pihak pengurusan turut memperkenalkan lima set menu TAPAOTW pada harga RM10.50.

Hidangan yang ditawarkan ialah set nasi ayam, set nasi nusantara, set gulai lemak daging cili padi, set nasi minyak dan set ayam kicap pedas sebagai alternatif kepada pelanggan yang mahukan hidangan siap bungkus atau penghantaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Desatera Sdn. Bhd., Datuk Feizal Nor Nurbi berkata, inisiatif ini diperkenalkan bagi menyediakan pilihan makanan berpatutan tanpa menjejaskan aspek kualiti, kepelbagaian menu dan kepuasan pelanggan.

Katanya, pihaknya menyedari cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, sekali gus memerlukan alternatif makanan yang lebih mampu milik kepada masyarakat.

Makanan yang berkualiti dan enak seharusnya dapat dinikmati oleh semua golongan, selaras dengan komitmen syarikat terhadap komuniti.

Menurutnya, bufet ini beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula 11 pagi dengan konsep walk-in dan dine-in sahaja tanpa tempahan awal serta tidak menyediakan perkhidmatan bungkus.

Walaupun beroperasi di dalam kawasan UKM, ia turut dibuka kepada orang awam khususnya dari sekitar Lembah Klang.

Feizal berkata, harga RM10 tersebut dijangka kekal sehingga hujung tahun ini dengan sasaran sekitar 170 pelanggan sehari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN