Kelesuan minda kini menjadi sinonim dalam kalangan pelajar berikutan jadual pembelajaran yang padat, tekanan peperiksaan serta pelbagai tuntutan akademik dan aktiviti harian. Keadaan ini menyebabkan mereka mudah hilang fokus, cepat letih dan kurang bermotivasi, sekali gus menjejaskan proses pembelajaran jika tidak ditangani dengan baik. Sehubungan itu, syarikat berasaskan produk kesihatan, Eskayvie mengambil langkah proaktif dengan melancarkan Modul B.R.A.I.N, sebuah kerangka kesejahteraan minda dan emosi. Pengarah Urusannya, Dr. Kartika Wati Mohamed…










