Musim rumah terbuka memang antara momen yang paling ditunggu-tunggu. Selain dapat menikmati pelbagai hidangan yang sedap, inilah masa terbaik untuk berjumpa rakan lama, kenalan kerja, jiran tetangga dan saudara-mara. Suasana santai, gelak tawa dan cerita lama yang dikongsi semula menjadikan rumah terbuka satu tradisi yang sangat bermakna. Namun dalam keseronokan itu, jangan lupa tentang adab ketika bertandang ke rumah orang. Pertama sekali, ingat kita datang sebagai tetamu. Jadi hormatilah tuan…











