Daging rusa paling dinanti di Banglo 289

Daging rusa paling dinanti di Banglo 289

ANTARA juadah berbuka puasa yang memikat selera di Banglo 289 - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Restoran makanan asli Melayu terkemuka, Banglo 289 kembali memeriahkan Ramadan dengan memperkenalkan Bufet Ramadan 2026 bertemakan ‘Hidangan Kampung dengan Jiwa dan Perjalanan’.

Tahun ini, konsep yang diketengahkan memberi penekanan kepada pengalaman menikmati sajian tradisi dalam suasana yang mengingatkan kepada juadah berbuka puasa di kampung halaman.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shareen Farzida Sukri, hidangan utama yang menjadi nadi bufet kali ini ialah daging rusa yang diperkenalkan untuk tahun ketiga berturut-turut sebagai sajian istimewa dan identiti unik restoran berkenaan.

Istimewanya, daging rusa itu ditampilkan dalam dua variasi eksklusif yang cukup memikat selera. Rusa Masak Hitam hadir dengan kuah pekat berempah yang dimasak lama sehingga meresap ke dalam isi daging, menghasilkan rasa yang kaya dan mendalam.

Teksturnya lembut dan tidak liat, menjadikan setiap suapan terasa begitu memuaskan. Aroma rempah tradisional yang menyelubungi hidangan ini pula membangkitkan selera sebaik sahaja ia dihidangkan di meja.

Bahagian tulang rusa juga tidak dibiarkan begitu sahaja. Ia dimanfaatkan sepenuhnya dengan dijadikan sup tulang rusa yang jernih tetapi sarat rasa, dengan kemanisan semula jadi yang menghangatkan tubuh selepas seharian berpuasa.

Selain sajian rusa, Banglo 289 turut menampilkan pelbagai jenis ikan sungai segar yang jarang ditemui dan dibawa khas dari Pahang. Antaranya termasuk ikan patin, jelawat, baung dan krai yang diolah mengikut resipi tradisi.

Pengunjung boleh menikmati patin masak lemak berkrim dengan aroma daun kesum dan kunyit segar yang memikat, atau ikan goreng rangup yang digandingkan dengan sambal tradisional pedas menyengat.

Kepelbagaian sajian ikan air tawar ini memberi peluang kepada tetamu merasai keunikan rasa yang asli dan segar, sekali gus menambah kelainan berbanding bufet Ramadan lain di pasaran.

Tidak lengkap hidangan kampung tanpa deretan masakan klasik Melayu seperti aneka masak lemak, asam pedas, lauk panggang berempah, sambal tradisional serta ulam-ulaman segar yang membangkitkan nostalgia.

Sebagai pelengkap, aneka kuih-muih tradisional dan pemanis mulut nostalgia turut disediakan bagi mengakhiri juadah berbuka dengan sentuhan manis yang mengingatkan suasana Ramadan bersama keluarga.

Untuk tahun 2026, Bufet Ramadan Banglo 289 ditawarkan di tiga cawangan utama iaitu di Jalan Raja Chulan, Elmina Lakeside Mall Shah Alam dan IOI City Mall Putrajaya, dengan tawaran tempahan awal diskaun sehingga 20 peratus, menjadikan harga serendah RM95 seorang bagi tempoh terhad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN