Penampilan anggun di Aidilfitri bukan hanya bergantung kepada busana cantik semata-mata, malah turut dipengaruhi aksesori seperti beg tangan. Padanan beg yang tepat mampu menyempurnakan keseluruhan gaya si pemakai. Sempena Aidilfitri ini, Kate Spade New York memperkenalkan koleksi Halo, siluet beg tangan baharu yang direka khas sebagai pelengkap gaya perayaan. Dengan struktur lembut dan siluet arca yang diinspirasikan daripada bentuk baldi klasik, rekaan ini mengimbangi antara keanggunan santai dengan kemasan moden.…











