Masih ramai yang melihat perancangan pusaka sekadar penyediaan dokumen semata-mata, sedangkan ia memerlukan pendekatan nasihat sistematik, patuh syariah dan selaras dengan keperluan perundangan semasa. Pengasas Bersama Kausar Wealth Management, Khamarul Azhar Hashim berkata, kegagalan memahami aspek tersebut menjadi antara punca utama timbulnya isu harta beku, kelewatan pentadbiran dan pertikaian dalam kalangan waris. Justeru, menyedari keperluan untuk memperkukuh kefahaman masyarakat serta menawarkan pendekatan yang lebih menyeluruh, pihaknya melancarkan inisiatif Kausar Brand Refresh…










