Seni, selesa dan rehat di tengah-tengah kota

Seni, selesa dan rehat di tengah-tengah kota

Lobi yang luas menampilkan siling tinggi, tiang berinspirasikan kertas dan kemasan kayu mewah mewujudkan suasana tenang dan elegan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kadangkala, kita tidak perlukan percutian jauh untuk benar-benar berehat.

Cukup sekadar keluar daripada rutin harian, menukar suasana dan memberi ruang kepada diri untuk bernafas.

Itulah yang saya rasakan sepanjang pengalaman staycation di Hyatt Regency Kuala Lumpur di KL Midtown baru-baru ini.

Bagi saya, ia percutian singkat di tengah bandar yang terasa ringkas, selesa dan berbaloi, terutama untuk keluarga.

Terletak strategik di antara Dutamas dan Mont Kiara, hotel ini mudah diakses melalui lebuh raya utama dan hanya beberapa langkah dari Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Lokasinya benar-benar memudahkan, sama ada untuk pengembara korporat, keluarga kecil atau sesiapa yang sekadar mahu bercuti tanpa perlu memandu jauh.

Dari saat tiba, pengalaman terasa lancar. Parkir mudah, suasana tenang dan tidak sesak seperti kebanyakan hotel bandar lain.

Melangkah masuk ke lobi, suasananya terus memberi rasa teruja.

Reka bentuk oleh arkitek Jepun tersohor Kengo Kuma jelas menonjol, dengan penggunaan kayu, batu dan elemen semula jadi yang membuatkan ruang terasa lapang dan menenangkan.

Karya seni dan arca asli daripada artis tempatan dipamerkan di bilik penginapan dan ruang awam, meraikan kreativiti anak tempatan di setiap sudut.

Walaupun berada di tengah kota, hotel ini seakan mencipta dunianya sendiri yang jauh daripada hiruk-pikuk luar.

Kami menginap di salah satu bilik hotel yang paling saya hargai ialah susun atur bilik yang praktikal dan selesa. Tidak terlalu sarat, tetapi cukup lengkap untuk keluarga kecil.

Katilnya empuk, bilik air luas dan pencahayaan lembut menjadikan waktu rehat benar-benar berkualiti.

Bagi keluarga yang membawa anak-anak, ruang yang kemas dan tidak sempit sangat membantu, terutama apabila mahu berehat tanpa rasa terkurung. Antara kemudahan yang paling kami nikmati ialah kolam renang.

Mempunyai lebih daripada satu kolam memberi pilihan kepada tetamu, sama ada untuk berenang santai atau sekadar duduk menikmati pemandangan bandar.

Menikmati pemandangan luas sambil berenang
di kolam infiniti.

Gimnasium yang besar juga menjadi nilai tambah, walaupun kami lebih memilih untuk berehat sepenuhnya sepanjang penginapan ini.

Bagi anak kecil saya pula, sudah tentulah Kidz Club menjadi kegemarannya.

Permainan yang banyak dan menarik ditambah pula dengan dua staf yang mesra kanak-kanak, sukar untuk mengajak dia pulang ke bilik.

Makan malam dan sarapan pagi pula memberikan pengalaman tersendiri di Midtown Brasserie.

Pilihannya pelbagai, merangkumi sajian tempatan dan antarabangsa, sesuai untuk selera dewasa mahupun kanak-kanak.

Hidangan nusantara turut disajikan di Midtown Brasserie.

Suasana restoran yang terang dan tidak terlalu bising menjadikan pengalaman bersarapan terasa santai, tanpa perlu tergesa-gesa.

Bagi penggemar cita rasa Asia, terdapat juga restoran China House yang yang memadukan tradisi turun-temurun dengan sentuhan moden yang anggun.

Pengurus Besar, Till Martin berkata, sejak dibuka pada 26 Ogos 2025, hotel ini dirancang sebagai sebuah mercu tanda dengan reka bentuk abadi hasil sentuhan arkitek tersohor Jepun.

“Apa yang benar-benar membezakan hotel ini ialah gabungan penginapan yang luar biasa dengan 306 bilik dan suite yang direka dengan teliti, serta 104 kediaman servis dengan pintu masuk persendirian.

“Dalam aspek kulinari, masakan Malaysia diberi keutamaan selaras dengan komitmen Hyatt terhadap kecemerlangan gastronomi. Di Midtown Brasserie, dapur terbuka menampilkan hidangan tempatan yang digabungkan dengan sajian Asia dan Barat dalam suasana bufet yang dinamik,” katanya.

Lokasi strategik serta suasana yang kondusif untuk berehat memberikan pengalaman yang setimpal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN