Gaya inspirasi pahlawan Demon Slayer

Gaya inspirasi pahlawan Demon Slayer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMA Tanjiro Kamado, Nezuko Kamado, Zenitsu Agatsuma dan Inosuke Hashibira sudah tidak asing bagi peminat anime popular Jepun.

Keberanian mereka bersama watak-watak lain sekali lagi diterjemahkan ke dalam dunia fesyen melalui koleksi Skechers x Demon Slayer.

Koleksi ini merangkumi sneakers, foamies, pakaian dan aksesori bagi lelaki serta wanita.

Tarikan utama koleksi ini tentunya terletak pada sneakers Skechers Monster Evo yang diambil daripada warna dan motif setiap wira itu.

Koleksi ini hadir dalam empat rekaan unik, dengan menampilkan logo Demon Slayer dan Skechers, corak sisi berinspirasikan pemegang pedang serta simbol ikonik metsu.

Direka untuk kegunaan harian, kasut ini dilengkapi dengan Skechers air-cooled memory foam untuk sokongan tambahan, tapak fleksibel bagi cengkaman mantap dan rekaan bertema sukan.

Istimewanya, bagi lelaki, ia dilengkapi midsole EVA ringan untuk sokongan responsif, manakala rekaan wanita menggabungkan gaya dan keselesaan menerusi midsole ringan, bahagian atas bold move sintetik dan tekstil di samping rekaan mudah sarung.

Setiap satunya berharga RM459.

Rangkaian foamies pula menawarkan keselesaan santai tanpa mengorbankan gaya.

Untuk wanita, tali boleh larasnya dihiasi rekaan reben sutera dengan corak daripada kot luar Shinobu Kocho dan Zenitsu, dipadankan dengan tapak berkontur, sole EVA fleksibel dan teknologi anti bau untuk keselesaan berpanjangan.

Koleksi pakaian Skechers x Demon Slayer menampilkan visual berani dan motif ikonik anime tersebut dalam gaya jalanan.

Terdapat 10 rekaan baju-T lengan pendek uniseks pelbagai warna diikuti sweater lembut.

Sebagai pelengkap koleksi ini, peminat boleh mencuba rangkaian aksesori uniseks yang terdiri daripada topi baseball, beg tote, beg silang yang sleek di samping stokin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN