800,000 dijangka meriahkan Festival Gema Raya Putrajaya 2026@PICC

800,000 dijangka meriahkan Festival Gema Raya Putrajaya 2026@PICC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Lebih 800,000 pengunjung dijangka hadir dalam Festival Gema Raya Putrajaya 2026@PICC yang akan diadakan di fasiliti bertaraf antarabangsa Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Penganjur yang juga Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd., Rayme Zainal berkata, festival selama 33 hari itu nanti akan disertai lebih 300 vendor selain kemunculan istimewa beberapa artis popular tanah air.

Katanya, apa yang menjadi tarikan dalam festival kali ini ialah pengenalan konsep ‘harga lantai’ bagi memastikan memastikan barangan dan produk yang ditawarkan kekal berpatutan serta tidak membebankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kadar sewa lot niaga juga ditawarkan pada harga kompetitif kepada hampir 300 vendor yang mengambil bahagian. Langkah ini bertujuan membantu peniaga mengekalkan harga jualan rendah tanpa perlu menaikkan kos kepada pengguna.

“Malah kami sikap peniaga di sini tidak terlalu mementingkan keuntungan semata-mata, sebaliknya menawarkan harga munasabah demi keberkatan yang wajar dicontohi oleh usahawan lain di semua peringkat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Antara artis terkenal yang akan turut serta termasuklah Aina Abdul, Ernie Zakri, Khai Bahar, Amir Masdi, Bella Astillah dan Nabila Razali.

Dalam pada itu Rayme berkata, festival itu menggabungkan konsep keusahawanan, seni budaya, penggunaan teknologi, program kerohanian serta inisiatif kebajikan komuniti.

“Pendekatan inklusif ini sekali gus menepis persepsi bahawa acara berskala besar di lokasi eksklusif hanya tertumpu kepada golongan T20, sebaliknya membuka ruang ekonomi yang lebih adil dan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini