BERBEKALKAN rasa ingin tahu dan keberanian untuk mencuba sesuatu yang baharu, seorang pelajar universiti mencipta kelainan dalam dunia minuman tempatan menerusi idea yang unik dan segar. Nik Azwien Syafiqa Nik Omar, 25, tidak pernah menyangka eksperimen kecil yang dilakukan ketika cuti semester tahun lalu akhirnya berkembang menjadi perniagaan minuman matcha berkonsepkan bunga yang kini mampu menjana pendapatan lebih RM10,000 sebulan. Menurut Azwien, inspirasi tercetus selepas dia melihat ais krim di…










