Perkenal semula perisa oren

Perkenal semula perisa oren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Minuman tenaga yang dihasilkan dengan gabungan sumber baik dan berkualiti pasti menjadi pilihan ramai terutama mereka yang aktif.

Sehubungan itu, jenama minuman tenaga yang berkembang pesat di Asia Tenggara, Extra Joss memperkenalkan semula perisa oren di Malaysia.

Pengurus Negara Kalbe Malaysia Sdn. Bhd., Oktavianus berkata, pelancaran semula perisa itu merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk memperkukuhkan portfolio produknya di negara ini.

Ia sekali gus dapat memenuhi segmen pengguna yang menggemari rasa lebih ringan, menyegarkan dan mudah dinikmati pada bila-bila masa.

“Kita sedang menyusun pelan pembangunan produk yang lebih agresif bagi tempoh 2026 dan 2027, termasuk memperkenalkan lebih banyak perisa baharu untuk memenuhi keperluan serta tingkah laku pengguna yang semakin berkembang,” katanya baru-baru ini.

Ketika ini, Extra Joss turut menawarkan rangkaian perisa active, anggur dan mangga, bagi disesuaikan dengan keperluan pengguna berbeza merangkumi harian, gaya hidup aktif, atlet serta mereka yang memerlukan pilihan tenaga.

Dalam masa sama, Oktavianus berkata, Extra Joss Malaysia mengambil langkah meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kewujudan produk import selari yang semakin banyak di pasaran.

Walaupun produk import selari bukan barangan tiruan atau seludup, tetapi produk berkenaan tidak melalui proses percukaian Malaysia, mematuhi keperluan pelabelan tempatan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia serta tertakluk kepada kawalan kualiti rasmi.

Keadaan itu mewujudkan perbezaan harga dan berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.

Sehubungan itu, Extra Joss menegaskan hanya produk yang diedarkan secara rasmi oleh Kalbe Malaysia mematuhi piawaian keselamatan tempatan serta menawarkan keyakinan, ketelusan dan sokongan pelanggan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN