SATU ketika, industri perniagaan pakaian terpakai atau bundle melonjak dan mendapat permintaan dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan tanpa mengira latar belakang. Perkembangan perniagaan itu dapat dilihat daripada penjualan pakaian harian terpakai kepada perniagaan secara sektoral mengikut jenis barang dan trend termasuk vintaj. Bahkan, perniagaan bundle bukan sahaja berkembang dalam bentuk jualan di kedai malah komuniti bundle juga aktif menyertai festival atau sesuatu program selain konsisten menjalankan perniagaan secara dalam talian.…










