BARU-baru ini, kaki Gunung Raya di Pulau Langkawi bergema dengan bunyi tukul, pahat, gerudi dan gergaji. Ia bukan disebabkan aktiviti pembinaan, sebaliknya kerja-kerja penghasilan arca batu pualam oleh 18 artis tempatan dan luar negara. Ketekunan mereka memotong, menebuk, mengukir, memahat dan menggilap batu pualam, berjaya menghasilkan karya halus serta memukau. Menariknya, keseluruhan proses tersebut diselesaikan hanya dalam tempoh lima hari sahaja menerusi Program Langkawi International Marble Art Camp 2025 (Lain…










