KEPERCAYAAN barangan lama mempunyai ‘tuan’ merupakan warisan budaya yang sudah lama berakar dalam masyarakat Melayu. Ia bukan sekadar kisah mistik atau dongeng lama, sebaliknya mencerminkan cara masyarakat menghargai sejarah, adat serta peninggalan nenek moyang. Setiap objek lama, sama ada sehelai kain, sebilah keris atau peti kayu pusaka tidak dilihat sebagai barang material semata-mata, tetapi sebagai simbol hubungan manusia dengan masa lalu, tempat asal dan alam sekeliling. Kepercayaan ini menekankan nilai…










