MENGUMPUL barangan terpakai seperti cup sleeve, pembungkus minuman, kotak kecil, beg kertas dan plastik, brosur, resit, katalog serta tag harga bukan sekadar hobi bagi Nur Suraya Hani Zulkarnain, 28, sebaliknya menjadi cara untuk menelusuri kenangan yang tersimpan di sebalik setiap satu daripadanya. “Setiap benda yang saya simpan macam kapsul masa. Bila buka semula jurnal lama, saya boleh ingat balik apa yang saya buat pada hari itu,” katanya kepada Seri. Aktiviti…










