Rasulullah SAW memiliki pelbagai mukjizat dan kelebihan yang merupakan anugerah daripada Allah SWT dengan antaranya ialah keajaiban peristiwa al-Israk dan al-Mikraj. Allah mewahyukan firmanNya di dalam ayat pertama Surah al-Isro’ sebagai bukti peristiwa perjalanan yang menakjubkan yang berlaku kepada Rasulullah adalah benar-benar anugerah agung buat baginda. Allah SWT berfirman ‘Maha Suci (tuhan) yang memperjalankan hambaNya pada waktu malam dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa yang Kami memberkati kawasan sekitarnya untuk…










