Nama Kak Bunga mungkin tidak asing bagi usahawan kecil di seluruh negara yang dahagakan ilmu memasak khususnya makanan tradisional dan hidangan kegemaran rakyat Malaysia serta aneka pastri. Kemahiran Kak Bunga atau nama sebenarnya Seriwani Nazri, 55, memasak pelbagai hidangan Melayu dan barat turut dituntut oleh pelajar-pelajar vokasional termasuk sekolah tahfiz di seluruh negara. Ibu kepada dua anak ini mula dikenali apabila menawarkan kelas memasak ketupat palas, rojak pasembur, rendang dan…










