KEBAYA sering dianggap sebagai busana rasmi untuk majlis-majlis tertentu sahaja termasuk istiadat, perayaan mahupun perkahwinan. Busana tradisional ini jarang digayakan ketika bersantai atau bersiar-siar. Bagi menggalakkan pemakaiannya sebagai pakaian harian, Miss Malaysia Kebaya (MMK) memperkenalkan gerakan Kebaya Ahad. Pengasas dan Presidennya, Dr. Jason Hee Jee Pin, berkata, inisiatif yang julung kali diperkenalkan itu bertujuan mengangkat kebaya agar lebih dekat dengan gaya hidup masyarakat kini. Dalam masa sama, ia dapat menarik…










