ISU gaji rendah, hutang dan peningkatan kos sara hidup dikenal pasti sebagai antara punca utama krisis kesihatan mental dalam kalangan pekerja di Malaysia. Tekanan kewangan yang berpanjangan bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan individu, malah memberi kesan besar terhadap keharmonian keluarga, produktiviti pekerja serta prestasi organisasi secara keseluruhan. Dalam persekitaran ekonomi yang semakin mencabar, ramai pekerja terperangkap dalam kitaran hidup menekan apabila pendapatan bulanan gagal menampung keperluan asas. Kesan tekanan ini sering…










