KEBANYAKAN kita hanya memandang serius soal kesihatan apabila tubuh mula memberi amaran. Malangnya, isyarat itu sering dipandang ringan mahupun diabaikan sehingga penyakit dikesan di tahap lewat. Namun, keadaan ini boleh diatasi melalui pendekatan baharu yang proaktif dan memfokuskan kepada pencegahan iaitu EquanCity. EquanCity merupakan ekosistem kesihatan berasaskan pencegahan pertama di Malaysia yang mula diperkenalkan sejak dua tahun lalu. Pengasas bersama dan penasihatnya, James Law berkata, inisiatif itu membantu rakyat menjaga…










