Di sebalik penampilan berhijab yang anggun, ada satu dilema yang sering menghantui ramai wanita. Masalah bau kepam pada hijab dan rambut boleh menjadi mimpi ngeri, mencetuskan rasa tidak selesa serta menurunkan keyakinan diri. Bau kurang menyenangkan itu biasanya muncul apabila rambut yang tertutup sepanjang hari terperangkap dalam haba, peluh dan kelembapan. Keadaan itu bukan sahaja mencetuskan rasa rimas, malah menjadi ‘taman permainan’ ideal untuk pertumbuhan mikroorganisma yang merancakkan lagi bau…










