Festival raya 96 jam tanpa henti

Festival raya 96 jam tanpa henti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Festival jualan dan gaya hidup bertemakan Aidilfitri, Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 bakal berlangsung selama 96 jam tanpa henti di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Festival anjuran Pejabat Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor itu akan berlangsung dari 12 hingga 16 Mac depan dengan menghimpunkan lebih 200 vendor.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Havoc Event & Management Sdn. Bhd., Datuk Muhammad Firdaus Nadxaman dan Faizul Mohd. Yusof berkata, penganjuran festival itu adalah sebagai platform berimpak tinggi bagi merancakkan sambutan Aidilfitri dan memperkasakan usahawan tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 bukan sahaja menjadi destinasi membeli-belah menjelang Aidilfitri, malah berperanan sebagai platform menyokong usahawan tempatan, memperkukuh semangat komuniti dan merancakkan ekonomi setempat,” katanya dalam kenyataan.

Festival berkenaan turut dirancang sebagai acara inklusif yang menghimpunkan elemen hiburan, keagamaan, kekeluargaan dan keusahawanan dalam satu pengalaman raya lengkap.

Ia selaras usaha menyokong pembangunan usahawan tempatan serta memperkasa ekonomi komuniti di Selangor.

Dengan tema Havoc-nya Raya di Kampung, festival itu menggabungkan elemen tradisional dan moden bagi mewujudkan suasana raya yang penuh nostalgia, meriah serta mesra keluarga.

Selain itu, pelbagai acara lain disediakan antaranya persembahan pentas, kehadiran artis dan pempengaruh, aktiviti kanak-kanak, program keagamaan seperti buka puasa, solat tarawih serta bersahur beramai-ramai.

Turut diadakan sesi cabutan bertuah untuk pengunjung yang berbelanja di festival dan berpeluang memenangi hadiah utama sebuah kereta serta pelbagai hadiah menarik sepanjang acara itu berlangsung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini